Thursday, December 29, 2011

HARI ORIENTASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1

     Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah yang berlangsung pagi tadi bermula dari seawal 8 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ini... yang memakai baju biru ini ialah cikgu kelas pemulihan kami Pn. Siti Radiah dan yang di sebelahnya itu... anak jati Felda Mayam Pn. Salawati. Ha...cuba cari persamaan mereka berdua ini...ok sudah dapat teka?...ha..sebenarnya mereka berdua berbadan dua. ha...samakan. hem..memang sama.

     Majlis Orientasi Pra Sekolah dan Tahun 1 bermula pada 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Cik Fizah yang sedang memegang mic itu. Seterusnya Pn Norlin selaku Penyelaras Tahun 1, Pn Nazariah guru Pra Sekolah dan yang di hujung sekali itulah Guru Besar kami, En. Saharudin B Hj Ibrahim. Taklimat ringkas ini bertujuan untuk menerangkan situasi pendidikan masa kini kepada ibu bapa khasnya agar masing-masing dapat menjalankan tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk generasi yang berkualiti.

     Murid-murid Pra Sekolah ini baru saja selesai mendaftar. Masih tidak pasti apa yang bakal berlaku. Ok lagi ni. Tapi bila sudah mula gerak hendak ke kelas untuk ujian saringan... aksi-aksi manja pun bermula.. jenuh juga la. Kebetulan admin kena jaga mereka ini. Senyum ni senyum... tarik nafas... ok ok... pujuk la sikit2...boleh la. Seorang saja yang gagal pujuk. Sampai habis melekat pada pintu. 

     Inilah suasana ujian saringan di salah sebuah kelas pra kami. Buat pengetahuan semua ,kami ada dua Pra Sekolah. Jadi murid pra kami semuanya 50 orang murid. Ujian ini tak sukar. Memang ada yang sudah pandai  dan dapat menjawab dengan betul. Sebenarnya tujuan ujian ni cuma hendak mengenalpasti kemampuan murid-murid ini sahaja. Sementara itu, di kelas Tahun 1 sedang berlangsung ujian saringan juga. Admin tidak sempat pula tengok dan mengambil gambar. Tapi setakat ni tidak ada pula dengar sebarang aduan. Semuanya Alhamdulillah.

     Di suatu sudut di sekolah kami pula iaitu di bilik BOSS, pemberian buku teks juga sedang giat dijalankan. Ini gambar yang sempat saya ambil, gambar salah seorang bapa yang ceria dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Betul tak Cikgu Wan?
  
     Masih lagi dalam bilik BOSS... suasana kadang2 sibuk dan kadang2 tenang. Guru-guru SPBT ini ada team work yang bagus. Boleh handle semua situasi dengan baik. Ha... yang pakai tudung jingga itu Pn Salasiah guru SPBT kami dan yang pakai tudung pink itu Pn Zubaidah.

 
     Di kantin pula giat berlangsung kutipan wang sumbangan PIBG SKM oleh guru2 kelas. Semuanya berjalan dengan lancar dan ramai ibu bapa yang datang memberi sumbangan. Itu Ustaz Termizi tu tak nak tolong Cikgu Johan ke? Laris gerai Cikgu Johan ye...Oh ya, sebenarnya di kedai buku pun laris juga. Tapi tadi admin lalu saja, lupa pula hendak ambil gambar. Siapa ada mengambil gambar di kedai buku boleh la  kongsi dengan admin untuk dimasukkan ke dalan blog ini.

     Di dalam kesibukan guru-guru SKM hari ni, pekerja2 SKM juga tidak kurang sibuknya. Mereka bergotong royong menceriakan kawasan sekolah dan ada pula yang sibuk menyiapkan tapak pembinaan pentas ini. Ini dianggap projek akhir tahun dan bakal siap tahun depan... lagi beberapa hari sahaja lagi. Cik Shima dan En Sabri juga sibuk di pejabat. Ramai juga ibu bapa yang ada urusan di pejabat terutamanya urusan perpindahan sekolah.

Itulah dia serba sedikit kisah SKM di Hari Orientasi Pra Sekolah dan Tahun 1 hari ini. Admin sentiasa mengalu-alukan komen dan cadangan membina dari para pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami.

No comments:

Post a Comment