Thursday, December 29, 2011

HARI ORIENTASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1

     Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah yang berlangsung pagi tadi bermula dari seawal 8 pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ini... yang memakai baju biru ini ialah cikgu kelas pemulihan kami Pn. Siti Radiah dan yang di sebelahnya itu... anak jati Felda Mayam Pn. Salawati. Ha...cuba cari persamaan mereka berdua ini...ok sudah dapat teka?...ha..sebenarnya mereka berdua berbadan dua. ha...samakan. hem..memang sama.

     Majlis Orientasi Pra Sekolah dan Tahun 1 bermula pada 8.30 pagi dan dipengerusikan oleh Cik Fizah yang sedang memegang mic itu. Seterusnya Pn Norlin selaku Penyelaras Tahun 1, Pn Nazariah guru Pra Sekolah dan yang di hujung sekali itulah Guru Besar kami, En. Saharudin B Hj Ibrahim. Taklimat ringkas ini bertujuan untuk menerangkan situasi pendidikan masa kini kepada ibu bapa khasnya agar masing-masing dapat menjalankan tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi dalam membentuk generasi yang berkualiti.

     Murid-murid Pra Sekolah ini baru saja selesai mendaftar. Masih tidak pasti apa yang bakal berlaku. Ok lagi ni. Tapi bila sudah mula gerak hendak ke kelas untuk ujian saringan... aksi-aksi manja pun bermula.. jenuh juga la. Kebetulan admin kena jaga mereka ini. Senyum ni senyum... tarik nafas... ok ok... pujuk la sikit2...boleh la. Seorang saja yang gagal pujuk. Sampai habis melekat pada pintu. 

     Inilah suasana ujian saringan di salah sebuah kelas pra kami. Buat pengetahuan semua ,kami ada dua Pra Sekolah. Jadi murid pra kami semuanya 50 orang murid. Ujian ini tak sukar. Memang ada yang sudah pandai  dan dapat menjawab dengan betul. Sebenarnya tujuan ujian ni cuma hendak mengenalpasti kemampuan murid-murid ini sahaja. Sementara itu, di kelas Tahun 1 sedang berlangsung ujian saringan juga. Admin tidak sempat pula tengok dan mengambil gambar. Tapi setakat ni tidak ada pula dengar sebarang aduan. Semuanya Alhamdulillah.

     Di suatu sudut di sekolah kami pula iaitu di bilik BOSS, pemberian buku teks juga sedang giat dijalankan. Ini gambar yang sempat saya ambil, gambar salah seorang bapa yang ceria dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Betul tak Cikgu Wan?
  
     Masih lagi dalam bilik BOSS... suasana kadang2 sibuk dan kadang2 tenang. Guru-guru SPBT ini ada team work yang bagus. Boleh handle semua situasi dengan baik. Ha... yang pakai tudung jingga itu Pn Salasiah guru SPBT kami dan yang pakai tudung pink itu Pn Zubaidah.

 
     Di kantin pula giat berlangsung kutipan wang sumbangan PIBG SKM oleh guru2 kelas. Semuanya berjalan dengan lancar dan ramai ibu bapa yang datang memberi sumbangan. Itu Ustaz Termizi tu tak nak tolong Cikgu Johan ke? Laris gerai Cikgu Johan ye...Oh ya, sebenarnya di kedai buku pun laris juga. Tapi tadi admin lalu saja, lupa pula hendak ambil gambar. Siapa ada mengambil gambar di kedai buku boleh la  kongsi dengan admin untuk dimasukkan ke dalan blog ini.

     Di dalam kesibukan guru-guru SKM hari ni, pekerja2 SKM juga tidak kurang sibuknya. Mereka bergotong royong menceriakan kawasan sekolah dan ada pula yang sibuk menyiapkan tapak pembinaan pentas ini. Ini dianggap projek akhir tahun dan bakal siap tahun depan... lagi beberapa hari sahaja lagi. Cik Shima dan En Sabri juga sibuk di pejabat. Ramai juga ibu bapa yang ada urusan di pejabat terutamanya urusan perpindahan sekolah.

Itulah dia serba sedikit kisah SKM di Hari Orientasi Pra Sekolah dan Tahun 1 hari ini. Admin sentiasa mengalu-alukan komen dan cadangan membina dari para pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah di blog kami.

Wednesday, December 28, 2011

En. Saharudin B Hj Ibrahim....Guru Besar kami!

Kalau GB perasan, admin sudah sangat lama tidak update blog ni beliau mesti sedih... iyalah sudah setengah tahun beliau berkhidmat di sekolah ini dan admin masih tidak post pun berita beliau. Jangan marah ya.
     Mulai bulan Jun 2011 lepas, kami di SKM telah menerima pengganti kepada Puan Saniah Sulaiman, Guru Besar kami yang telah berpindah ke Selangor iaitu En. Saharudin Bin Haji Ibrahim. Sejak beliau berkhidmat di sekolah ini, banyak perubahan positif yang telah berjaya dilaksanakan beliau. Beliau merupakan seorang guru besar yang cepat mesra dan mengenali setiap pesonaliti guru-guru di bawah pengurusannya. Kagum dan gerun kan. Kagum sebab beliau cepat mesra, tetapi gerun sebab beliau tahu sahaja apa yang kita fikirkan. Maaf ya... admin saja bergurau. Yang pastinya kehadiran beliau di SKM akan memberi sinar baru kepada sistem pentadbiran sedia ada. Kami guru-guru SKM sedia mengikut perintah!
     Buat Pn Saniah, ingatlah kami di sini dengan kenangan-kenangan yang gembira dan membahagiakan. Kami kalungkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan budi yang telah puan curahkan selama ini. Semoga walaupun jauh di mata namun sentiasa dekat di hati
     
Mohon Maaf

Admin memohon maaf  sebab sudah lama tidak update dalam tahun 2011 ini. Kepada rakan2 guru SKM yang ingin berkongsi sebarang sebaran sila berjumpa saya. Sediakan sedikit catatan dan gambar jika perlu. Yang dah siap bertaip lagi saya berbesar hati. Thank you En. Fariz, En. Marzizan dan rakan2 yang telah sudi membantu selama ini. Marilah kita meriahkan blog SKM ni.

Wednesday, June 8, 2011

Selamat Hari Guru 2011
Sambutan Hari Guru di SKM julung kalinya disambut dengan meriah pada tanggal 16 Mei 2011(Isnin). Terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG, staf-staf  dan murid-murid SKM kerana sudi meraikan Hari Guru 2011. Ucapan Hari Guru khas buat semua bekas guru SKM.



Kolam Ikan & Hidroponik
Keceriaan SKM bertambah seri dengan idea dan usaha Pn. Saniah (Guru Besar). Kolam Ikan dan Hidroponik ini dibina di hadapan bangunan pentadbiran bersebelahan tiang bendera. Sesiapa yang datang ke SKM pasti tidak akan terlepas pandang keindahan kolam ikan ini.
Solat Hajat Tahun 6
Program solat hajat ini dilaksanakan setiap hujung bulan. Murid-murid terutamanya Tahun 6, guru-guru dan para ibubapa dijemput hadir bagi mendoakan kecemerlangan SKM dalam UPSR 2011 ini. Sokonglah usaha kami. Ramaikanlah jemaah pada malam-malam solat hajat akan datang ya!
Suntikan Murid Tahun 1
Aduh! Sakitnya... Tapi itu cikgunya yang takut kena suntik. Anak muridnya semua happy je. Manakan tidak...cikgunya umpan lolipop.

David Dalam Kenangan
MR. David dan isteri
Sejak berita Mr. David dan isteri meninggalkan kita ke luar negara secara tiba-tiba, semua warga SKM dan ibubapa ternanti-nanti siapalah pengganti beliau. Nantikan wajah Mentor BI SKM yang baru mulai Mei 2011... Mr. Patrik...dialam episod akan datang.

Friday, April 8, 2011


TENAGA PENDIDIK 2011
Berdiri dari kiri : Pn. Salawati, Pn. Nurhayati, Pn. Siti Radiah, Cik Norhafizah, Pn. Siti Zubaidah, Cik Nurul Hana, Pn. Norhidayati, Pn. Hasnida, Pn. Norlin Hanani, Pn. Siti Nor Liza, Cik Farrah, Cik Noor Rahizan, Pn. Mazaitul Aisya, Pn. Salasiah, Pn. Nazariah, Pn. Naimah.

Duduk dari kiri : Tn. Hj. Ahmad Termizi, En. Wan Norafendi, En. Fauzi (GPK HEM), En. Zakaria (GPK Pentadbiran), En. Syukur Fazdlan (GPK KOKU), En. Marzizan, En. Johan, En. Noor Azrul, En. Fariz Zaini.

Tiada dalam gambar : Pn. Saniah (Guru Besar), En. Hadri, En. Abdul Rafli.

Friday, March 4, 2011

Bengkel UPSR Bahasa Inggeris
Jumaat (04/03/2011) Bengkel UPSR untuk matapelajaran Bahasa Inggeris telah dilaksanakan. Pn Azimah dari SK Felda Tementi telah dijemput untuk berkongsi ilmu. Ini merupakan salah satu program Tahun 6 dalam memantapkan diri murid bagi persiapan mereka menghadapi UPSR tahun ini. Semoga berjaya.
Pameran Anti Dadah
Sabtu (26/02/2011) Pameran Anti Dadah meriah! Walaupun hanya sebagai selingan kepada Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKM kali ke-31 (2011) namum gelagat murid-murid ini sudah cukup untuk menunjukkan kejayaan pameran ini. Mesyuarat Agung PIBG kali ini juga tidak kurang hebatnya. Ia berjaya menunjukkan kehadiran yang baik daripada ibu bapa. Persembahan-persembahan para pelajar turut telah memeriahkan suasana majlis.Tahniah kepada yang terlibat.
Mentor Guru B.Inggeris: Mr. David
Sekolah kami amat bertuah kerana merupakan salah sebuah sekolah di daerah Bera ini yang menerima kehadiran mentor B.I dari luar negara yang bertujuan membantu guru-guru B.I di sekolah kami. Mr. David akan berada di sini selama 3 tahun. Semoga kita berjaya! All the best BI
Sambutan Maulidur Rasul SKM 2011
Sabtu (19/02/2011) SKM telah mengadakan Sambutan Malidur Rasul secara sederhana. Perarakan dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w telah bergema di sekitar kawasan Felda Mayam berdekatan. Pelbagai ragam murid-murid menyerikan lagi sambutan ini. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Termizi Hamzah dan beberapa soalan kuiz serta pertunjukan nasyid sekolah telah berjaya melengkapkan sambutan yang penuh beerti ini. Alhamdulillah.
Tahniah! 5A 2010 SKM
Tahniah adik Shuhaida dan adik Zuharlin di atas kejayaan mendapat 5A dalam UPSR 2010. Semoga kecemerlangan mereka menjadi contoh kepada murid-murid SKM yang lain.

Wednesday, January 19, 2011

SKM Semakin Meriah 2011!

Salam 2011. Sek. Keb. Felda Mayam semakin meriah. Kemeriahan tahun 2011 ini dimulai dengan penambahan sebuah kelas pra sekolah lagi. Kini kami mempunyai 50 orang murid pra sekolah bagi Pra Insyirah dan Pra Munawarah. Bangunan pentadbiran sekolah juga akan nampak lebih berseri dengan kolam ikan yang bakal siap tidak lama lagi. Doakan SKM tahun ini lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ya!