Friday, March 4, 2011

Bengkel UPSR Bahasa Inggeris
Jumaat (04/03/2011) Bengkel UPSR untuk matapelajaran Bahasa Inggeris telah dilaksanakan. Pn Azimah dari SK Felda Tementi telah dijemput untuk berkongsi ilmu. Ini merupakan salah satu program Tahun 6 dalam memantapkan diri murid bagi persiapan mereka menghadapi UPSR tahun ini. Semoga berjaya.
Pameran Anti Dadah
Sabtu (26/02/2011) Pameran Anti Dadah meriah! Walaupun hanya sebagai selingan kepada Majlis Mesyuarat Agung PIBG SKM kali ke-31 (2011) namum gelagat murid-murid ini sudah cukup untuk menunjukkan kejayaan pameran ini. Mesyuarat Agung PIBG kali ini juga tidak kurang hebatnya. Ia berjaya menunjukkan kehadiran yang baik daripada ibu bapa. Persembahan-persembahan para pelajar turut telah memeriahkan suasana majlis.Tahniah kepada yang terlibat.
Mentor Guru B.Inggeris: Mr. David
Sekolah kami amat bertuah kerana merupakan salah sebuah sekolah di daerah Bera ini yang menerima kehadiran mentor B.I dari luar negara yang bertujuan membantu guru-guru B.I di sekolah kami. Mr. David akan berada di sini selama 3 tahun. Semoga kita berjaya! All the best BI
Sambutan Maulidur Rasul SKM 2011
Sabtu (19/02/2011) SKM telah mengadakan Sambutan Malidur Rasul secara sederhana. Perarakan dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w telah bergema di sekitar kawasan Felda Mayam berdekatan. Pelbagai ragam murid-murid menyerikan lagi sambutan ini. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Termizi Hamzah dan beberapa soalan kuiz serta pertunjukan nasyid sekolah telah berjaya melengkapkan sambutan yang penuh beerti ini. Alhamdulillah.
Tahniah! 5A 2010 SKM
Tahniah adik Shuhaida dan adik Zuharlin di atas kejayaan mendapat 5A dalam UPSR 2010. Semoga kecemerlangan mereka menjadi contoh kepada murid-murid SKM yang lain.