PROGRAM PENDIDIKAN BIODIVERSITI TASEK BERA (13 - 15 JAN 2012)
LADAP PENDIDIKAN BIODIVERSITI, WATER CONFIDENT & KAYAK DI TASEK BERA (13-15 JAN 2012)
Monday, January 16, 2012
Saturday, January 7, 2012
JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2012
Januari | 16 Januari 2012 Isnin | Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012 |
Februari | 23 Februari 2012 Khamis | |
Mac | 22 Mac 2012 Khamis | |
April | 25 April 2012 Rabu | |
Mei | 23 Mei 2012 Rabu | Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012 |
Jun | 25 Jun 2012 Isnin | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012 |
Julai | 25 Julai 2012 Rabu | |
Ogos | 13 Ogos 2012 Isnin | Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012 |
September | 25 September 2012 Selasa | |
Oktober | 22 Oktober 2012 Isnin | Hari Raya Haji 26 Oktober 2012 |
November | 6 November 2012 Selasa | Deepavali 13 November 2012 |
Disember | 18 Disember 2012 Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2012 |
Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012 | melvister.com
Wednesday, January 4, 2012
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
Perhimpunan sekolah kali pertama pagi tadi dijalankan dengan ringkas tetapi padat dengan pesanan dan informasi. Guru bertugas, Ust. Ahmad Termizi bertuah kerana dapat merasmikan pentas baru yang hampir siap ini. Kelihatan Pn Nazariah sedang memujuk salah seorang murid Pra Sekolahnya. Tangisan dan rintihan anak-anak murid ini sememangnya sudah serasi dengan hari pertama. Tahun lepas kalau tidak silap, lagi sayu dan pilu sampai berhari-hari.
Alhamdulillah SKM juga banyak menerima kemasukan murid baru disamping ramai juga yang telah membuat pertukaran berpindah. Jumlah sebenar murid belum dapat diberitahu. Namun diharap jumlah murid kami akan makin bertambah. Murid-murid asli dari kawasan berdekatan sekolah adalah sangat dialu-alukan untuk berdaftar. Ini adalah kerana Tn Guru Besar SKM sangat mengambil berat mengenai kebajikan mereka agar dapat menimba ilmu dan berjaya.
Bagi kedudukan kelas, ia tidak mengalami banyak perubahan. Hanya untuk Tahun 4IBK dipindahkan ke bangunan Tahun 6 yang dahulunya kelas 4IBS. Tahun 1 masih di blok sebaris surau, Tahun 2 sederet dengan Bilik Kesihatan, Tahun 3 di tingkat satu sama dengan Bilik ETEMS/LINUS manakala Tahun 4,5 dan 6 berada di tingkat 1 blok Dewan Sekolah.
Akhir kata semoga seluruh warga SKM dapat berganding bahu menjayakan semua perancangan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Akhir kata semoga seluruh warga SKM dapat berganding bahu menjayakan semua perancangan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)