Wednesday, January 4, 2012

 HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
     Perhimpunan sekolah kali pertama pagi tadi dijalankan dengan ringkas tetapi padat dengan pesanan dan informasi. Guru bertugas, Ust. Ahmad Termizi bertuah kerana dapat merasmikan pentas baru yang hampir siap ini. Kelihatan Pn Nazariah sedang memujuk salah seorang murid Pra Sekolahnya. Tangisan dan rintihan anak-anak murid ini sememangnya sudah serasi dengan hari pertama. Tahun lepas kalau tidak silap, lagi sayu dan pilu sampai berhari-hari.
     Alhamdulillah SKM juga banyak menerima kemasukan murid baru disamping ramai juga yang telah membuat pertukaran berpindah. Jumlah sebenar murid belum dapat diberitahu. Namun diharap jumlah murid kami akan makin bertambah. Murid-murid asli dari kawasan berdekatan sekolah adalah sangat dialu-alukan untuk berdaftar. Ini adalah kerana Tn Guru Besar SKM sangat mengambil berat mengenai kebajikan mereka agar dapat menimba ilmu dan berjaya. 
     Bagi kedudukan kelas, ia tidak mengalami banyak perubahan. Hanya untuk Tahun 4IBK dipindahkan ke bangunan Tahun 6 yang dahulunya kelas 4IBS. Tahun 1 masih di blok sebaris surau, Tahun 2 sederet dengan Bilik Kesihatan, Tahun 3 di tingkat satu sama dengan Bilik ETEMS/LINUS manakala Tahun 4,5 dan 6 berada di tingkat 1 blok Dewan Sekolah.
     Akhir kata semoga seluruh warga SKM dapat berganding bahu menjayakan semua perancangan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment