Monday, January 16, 2012

PROGRAM PENDIDIKAN BIODIVERSITI TASEK BERA (13 - 15 JAN 2012)





LADAP PENDIDIKAN BIODIVERSITI, WATER CONFIDENT & KAYAK DI TASEK BERA (13-15 JAN 2012)



Saturday, January 7, 2012

 JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2012

Januari16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina
23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012
Khamis
Mac22 Mac 2012
Khamis
April25 April 2012
Rabu
Mei23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012
Rabu
Ogos13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa
19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012
Selasa
Oktober22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji
26 Oktober 2012
November6 November 2012
Selasa
Deepavali
13 November 2012
Disember18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas
25 Disember 2012


Sumber: Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2012 | melvister.com 

Wednesday, January 4, 2012

 HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
     Perhimpunan sekolah kali pertama pagi tadi dijalankan dengan ringkas tetapi padat dengan pesanan dan informasi. Guru bertugas, Ust. Ahmad Termizi bertuah kerana dapat merasmikan pentas baru yang hampir siap ini. Kelihatan Pn Nazariah sedang memujuk salah seorang murid Pra Sekolahnya. Tangisan dan rintihan anak-anak murid ini sememangnya sudah serasi dengan hari pertama. Tahun lepas kalau tidak silap, lagi sayu dan pilu sampai berhari-hari.
     Alhamdulillah SKM juga banyak menerima kemasukan murid baru disamping ramai juga yang telah membuat pertukaran berpindah. Jumlah sebenar murid belum dapat diberitahu. Namun diharap jumlah murid kami akan makin bertambah. Murid-murid asli dari kawasan berdekatan sekolah adalah sangat dialu-alukan untuk berdaftar. Ini adalah kerana Tn Guru Besar SKM sangat mengambil berat mengenai kebajikan mereka agar dapat menimba ilmu dan berjaya. 
     Bagi kedudukan kelas, ia tidak mengalami banyak perubahan. Hanya untuk Tahun 4IBK dipindahkan ke bangunan Tahun 6 yang dahulunya kelas 4IBS. Tahun 1 masih di blok sebaris surau, Tahun 2 sederet dengan Bilik Kesihatan, Tahun 3 di tingkat satu sama dengan Bilik ETEMS/LINUS manakala Tahun 4,5 dan 6 berada di tingkat 1 blok Dewan Sekolah.
     Akhir kata semoga seluruh warga SKM dapat berganding bahu menjayakan semua perancangan yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.